Wednesday, November 4, 2009

kaulah insan istimewa....

kaulah insan istimewa ...pembakar semangat aku selama ini...

Ayah
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man



ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Aeman - Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Tuesday, November 3, 2009

lafaz yang tersimpan


lagu yang membawa maksud yang mendalam buat saya....
tersentuh sangat bila dengar lagu ni..
rindunya kat maa n abah kat kampung...

                                  ~~~insan tersayang~

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan



Monday, November 2, 2009

MENGAPA MANUSIA BERANI MENNETANG ALLAH SECARA TERBUKA


                                ~~sekadar gambar hiasan~~

Sejak akhir-akhir ini, para ulama' sering menekankan keprihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam,khususnya yang melibatkan gaya hidup masyarakat umat Islam yang semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar Ia dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan yang disuburkan oleh pihak tertentu yang bertopengkan Islam, sedangkan realiti hidup mereka (pihak penganjur sesuatu program hiburan atau sukan tertentu) tidak mencerminkan minat mendalam kepada gaya hidup Islam.

Benarlah kenyataan ayat 7-9 daripada surah as-Syams (91), Allah berfirman yang bermaksud : 7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - 9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).

Kecenderungan jiwa atau hati manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah biasa, sebab itu al-Quran mendedahkan bahawa penghuni Neraka lebih ramai daripada penghuni Syurga.

Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan bukan sekadar menolak kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w, menolak al-Quran, terlibat dalam rasuah, judi, meninggalkan solat, tidak berpuasa, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hukum-Nya.

Sebab Penentangan Manusia terhadap Allah

Justeru, mari kita menyingkap pandangan ulama  berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah SWT selaku Pencipta mereka.

1-         Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.

2-         Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.

3-         Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.

4-         Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.

5-         Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.

6-         Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayang-Nya).

7-         Tidak mempercayai qada  dan qadar Allah malah mempertikainya.

8-         Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.

9-         Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).

10-        Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.

11-        Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.

12-        Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah SWT.

13-        Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.

14-        Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.

15-        Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.

16-        Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.

17-        Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.

18-        Meninggalkan tugas utama Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar.

Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

            Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

            Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

            Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

            Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

            Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

            Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.- Az_

dipetik dari..tazkirah jumaat 
zainudin hashim..harakahdaily.net

Saturday, October 31, 2009

TANDA KIAMAT

< Bismillahirrahmanirrahim....
 assalamualaikum wbt
 Firman Allah, maksudnya:
 "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)
Tanda-tanda kecil kiamat.


~~gambar hiasan sekadar renungan~~
  1. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
  2. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
  3. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
  4. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
  5. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
  6. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
  7. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
  8. Banyak berlaku gempa bumi.
  9. Zaman sudah dekat mendekati.
  10. Banyak fitnah memfitnah.
  11. Banyak pembunuhan.
  12. Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
  13. Ramai orang bermegah dengan projek mega.
  14. Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
  15. Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
  16. Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
  17. Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
  18. Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
  19. Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
  20. Ramai orang solihin meninggal dunia.
  21. Anak melawan ibubapa.
  22. Hujan di musim kemarau.
  23. Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
  24. Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
  25. Setiap desa dikepalai orang munafik.
  26. Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
  27. Lahir ramai anak hasil perzinaan.
  28. Banyak minuman keras.
  29. Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
  30. Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
  31. Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
  32. Para pembesar / penguasa melakukan zina.
  33. Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
  34. Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
  35. Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
  36. Orang alim sudah tidak disenangi.
  37. Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
  38. Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
  39. Banyak kematian secara mendadak.
  40. Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
  41. Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
  42. Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  43. Rasuah berleluasa.
  44. Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
  45. Ramai orang menjual-beli hukum.
  46. Memandang ringan masalah perceraian.
  47. Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.
* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.
· Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.








Wednesday, October 28, 2009

cinta???

assalamualaikum wbt
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam,syukur atas nikmat kurniaan Allah kerana saat ini kita masih diberi peluang untuk menikmati indahnya hidup,indahnya ciptaan Allah. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba yang bersyukur.

Pernahkah kita terfikir...siapakan yang paling kita cintai...adakah kekasih, ibu-bapa, sahabat-sahabat, wang ringgit harta kekayaan dunia atau Allah????
suka saya lontarkan persoalan ini buat diri sendiri kerana saya tahu diri ini kadang terleka dan alpa dengan keindahan dunia hingga terkadang lupa mencintai Tuhan yang layak dicintai?...renung-renungkanlah........
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
(al-baqarah:165)
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).(at-taubah:24)
Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, orang tuanya, dan manusia seluruhnya".
Juga diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim dari Anas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga perkara, barang siapa terdapat di dalam dirinya ketiga perkara itu, maka ia pasti mendapatkan manisnya iman, iaitu: Allah dan RasulNya lebih ia cintai dari pada yang lain, mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah, benci (tidak mahu kembali) kepada kekafiran setelah ia diselamatkan oleh Allah darinya, sebagaimana ia benci kalau dicampakkan kedalam api".
"Barang siapa yang mencintai seseorang kerana Allah, membenci kerana Allah, membela Kerana Allah, memusuhi kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan Allah itu diperolehnya dengan hal-hal tersebut, dan seorang hamba tidak akan dapat menemukan lazatnya iman, meskipun banyak melakukan sholat dan puasa, sehingga ia bersikap demikian. pada umumnya persahabatan yang dijalin di antara manusia dibangun atas dasar kepentingan dunia, dan itu tidak berguna sedikitpun baginya".

Monday, October 26, 2009

selamat menghadapi exam



Assalamualaikum sahabat-sahabat,

Musim exam telah tiba, buat sahabat-sahabat...selamat menduduki peperiksaan especially buat semua coursemate ku muna,faizah,pah,ba,suemaya, murni, dayah, shima dan mazni..serta yang lain, teruskan perjuangan sehingga ketitisan darah yang terakhir

USAHA + DOA + TAWAKKAL =KEJAYAAN

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku



SEMOGA SEGALA AMALAN DAN ILMU YANG KITA PEROLAHI INI DI BERKATI DAN DIREDHAI ALLAH...
INSYAALLAH...

rindu ayah bonda....


Assalamualaikum....
Sedar tidak sedar aku akan menghadapi final exam tak lama lagi dan memang tak lama dah pon, beberapa hari lagi..sekarang tangah study week, kat kolej sunyi je sekarang..maklumlah ramai pelajar ambil kesempatan untuk pulang ke kampung..nak minta restu mak ayah la...kalau kampung aku dekat,memang balik da,tapi maklumlah..aku anak rantau berkelana jela kat kolej... lagipun dah biasa.

Dalam menghitung hari menanti exam ni,kadang-kadang terasa rindu juga dekat insan-insan yang nun jauh di sana, rasa rindu sangat kat ma dan abah kat kelantan, aku selalu juga menelefon kat ma dan abah kalau ada kelapangan itu sajalah pengubat rindu aku.

Pesanan ma dan abah sentias menjadi pembakar semangat buat aku, kadang-kadang kalau tension sangat aku akan call ma dan abah, dengar suara pun jadilah..itulah kekuatan aku untuk teruskan menghadapi cabaran.

ya Allah, kau ampunilah dosa kedua ibu-bapaku, tempatkanlah mereka di syurgamu, jadikanlah kami anak-anak sebagai anak yang soleh solehah, jauhkanlah mereka dari azab api nerakamu Ya Allah.

Thursday, October 15, 2009

APK 09

SALAM BUAT SAHABAT SEMUA...
APK STAND FOR ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN selamat dijalankan,hahaha perniagaan gerai 1MALAYSIA..ada ape pada name???

Kami jual makanan dan minuman,otak-otak,steamboat, ice blanded,jambu,air jambu dan kerepok...laku tau gerai kami,alhamdulillah dapat la untung jgk, hehehe diucaokan terima kasih kepada semua anggota 1MALAYSIA, walaupun jadikanlah ini pengalaman berharga untuk kita semua.

selamat hari raya



assalamualaikum...
sudah agak lama rasanya saya menyepikan diri,saya tidak kemana-mana,cuma batasan masa dan kesibikan yang tak pernah hilang membuatkan saya xdapat up date blog saya ni. selamat hari raya maaf zahir batin untuk semua. Nilai Aidil Fitri buat anda??
1) dapat makan kuih raya?
2) dapat pakai baju lawa?
3) dapat jumpe saudara-mara?

walau apa pun perasaan anda,pilhan anda, tetapi ingatlah hari raya bukan untuk kita bergembira sahaja, tetapi ada satu makna disebalik aidil fitri yang perlu kita singkapkan iaitu sebagai hari kemenangan buat umat islam setelah mamapu mengharungi puasa selama sebulan. Ramadan adalah bulan ujian dan Syawal membawa bersamanya perayaan Aidilfitri meraikan kejayaan umat Islam berjaya melalui ujian Ramadan.

Sesuai dengan namanya, Aidilfitri adalah perayaan bagi meraikan tuntutan fitrah anugerah Allah kepada seluruh umat manusia. Fitrah makan dan minum, berkasih-sayang, menghubungkan silaturahim, mencintai keharmonian melalui tradisi bermaaf-maafan, berhias-hiasan dan kasih mengasihi sesama manusia tanpa mengenal darjat, taraf dan bangsa.

oleh itu janganlah aidilfitri diraikan dengan benda2 yang mangarut, ada majlis tarian,nyanyian dan lain-lain lagi. sempena aidilfitri saya sempat menghadiri majlis perkahwinan shabat saya di sekolah menengah dul,SELAMAT PENGANTIN BARU HANI DAN MIZI..SEMOGA BERKEKELAN HINGGA AKIR HAYAT.

Sunday, August 9, 2009

Nasib graduan Sains, Pengajian Islam UM


BERMULA tahun 2002, Universiti Malaya telah menawarkan program Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam untuk pelajar aliran agama, khususnya yang ingin menceburi bidang sains dan pengajian Islam sekali gus.

Ini memberi peluang kepada pelajar untuk terus mendalami bidang sains tanpa meninggalkan bidang pengajian Islam. Program ini diletakkan di bawah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Hasilnya, kumpulan pelajar ambilan pertama program ini telah menamatkan pengajian dengan jayanya pada tahun 2007 dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam dalam pengkhususan (major) bidang masing-masing iaitu Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Maklumat.

Ini membuktikan keupayaan Universiti Malaya melahirkan graduan dalam dua bidang sekali gus malah merupakan satu peluang ke arah melahirkan saintis Islam yang hebat pada masa hadapan.

Program ini diteruskan lagi dengan pengambilan pelajar kemasukan kedua yang memulakan sesi pengajian 2003/2004 di peringkat asasi, seterusnya sesi 2005/2006 untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam program yang sama.

Hasil daripada peningkatan bilangan pengambilan pelajar dalam program ini, maka bidang pengkhususan (major) juga telah ditambah menjadi sembilan dengan penambahan enam kursus major yang baru iaitu Biokesihatan, Ekologi dan Biodiversiti, Mikrobiologi, Genetik, Biokimia, dan Bioinformatik.

Dengan penambahan kursus baru ini memberi lebih banyak pilihan dan peluang kepada pelajar untuk menceburi bidang masing-masing.

Namun, permasalahan dan persoalan yang timbul ialah enam kursus baru yang ditawarkan ini masih belum mendapat pengiktirafan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Walaupun pelajar-pelajar ambilan kedua ini telah memulakan pengajian pada tahun 2005 dan menamatkan pengajian pada tahun 2008, namun kursus ini masih belum mendapat pengiktirafan daripada pihak JPA.

Masalah ini telah menyukarkan dan menyempitkan peluang untuk para graduan memohon pekerjaan kerana kebanyakan jawatan yang ditawarkan oleh pihak majikan memerlukan pengesahan pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Hal ini juga menyebabkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi menjadi terhad dan tersekat.

Permasalahan ini pernah diajukan oleh wakil pelajar kepada pihak Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan juga pihak Jabatan Perkhidmatan Awam beberapa kali tetapi jawapan yang diterima tetap sama, ‘masih dalam proses’.

Adakah masa selama tiga tahun pengajian dan sehingga sekarang masih tidak mencukupi untuk proses mendapatkan pengiktirafan? Pelajar dalam bidang ini bagi pengambilan ketiga juga bakal menamatkan pengajian dan mendapat Ijazah pada tahun ini. Adakah mereka juga senasib dengan senior mereka?


Universiti Malaya">

dipetik dari http://www.utusan.com.my

MASJID AL-AQSA, Baitulmuqaddis.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM… (Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

Tahukah anda mengenai Masjid Al-Aqsa?

Masjid Al-Aqsa yang sering ditunjukkan oleh media sebenarnya adalah Masjid Al-Sakhrah (Dome of The Rock).
Dome of The Rock

Mengapa perkara ini terjadi?
Sudah tentu angkara Zionist laknat yang ingin menghapuskan ingatan Umat Islam dari mengingati tempat ibadah suci umat Islam ini. Sesungguhya, Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ibadah yang dikerjakan di sana akan digandakan sebanyak 500 kali ganda. Subhanallah………….

Taman Tamadun Islam, Terengganu.
Ketika melewati kawasan TTI baru2 ini bersama ahli keluarga, saya menyatakan kepada mereka (ahli keluarga) Model Masjid Al-Aqsa yang dibina ini salah kerana dari Program Agama (mungkin Al-Kulliyyah…kalau tak silap) yang saya ikuti ada menyatakan Masjid Al-Aqsa sebenarnya adalah berkubah hitam dan bukannya Kuning.

Picture4

Picture2

Saya cuba menunggu ‘respon’ dari ayah atau ibu tapi kedua-duanya diam membawa maksud mereka juga kurang pasti mengenai perkara ini, maka saya terangkan setakat apa yang saya tahu.
Bayangkanlah, generasi seterusnya, jika mereka terus ditipu oleh Zionist laknat ini???

Picture3

Bayangkanlah, apa yang akan dilakukan Zionist terhadap Masjid Al-Aqsa apabila orang terus menggangap ‘Dome of The Rock’ sebagai Masjid Al-Aqsa.

Picture1

FIRMAN ALLAH S.W.T.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Israa’ (17:1)

Dan katakanlah:
Telah datang kebenaran, dan hilanglah yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.
Surah Al-Israa’ (17:81)


DIPETIK DARIPADA http://khairilhafidz.files.wordpress.com

Saturday, August 8, 2009

H1N1


Assalamualaikum wbt.

saya pernah menghadiri satu forum,dalam forum tu Doktor @ salah seorang penceramah ada bagitau bahawa punca terjadinya H1N1 ni adalah sebab di Amerika mereka telah menubuhkan satu kelab cium babi, kalo nak tau pasal kelab tu try la surve internet, ape yang saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua ialah punca terjadinya wabak ni adalah kerana perbuatan manusia sendiri, berbalik kepada topik asal bila ahli-ahli kelab cium babi ni p pasaraya or even2 kat luar ia akan bawa virus ni myb ada la tu salah seorg yang tercium babi yang ada selesema, maka merebak la plak selsema babi ni kat manusia, ish-ish bahaya ni.

Ekoran dari tu kita sebagai umat islam haruslah hati-hati, jangan la kuar kat tempat-tempat open n bersesak ngan org sgt wat mase skg krn seperti yang kita tau kematian yang berpunca dari selsema cikB ni kena kat orang melayu je, xda lagi la org cina or india yg kena setakakt arini la, semoga kita dijauhkan dari wabak ini... Amin

Ustazah saya pun ada bgtau sebenarnya H1N1 ni adalah bala dari Allah juga,kerana umat Islam dah terlampau sangat wat maksiat, so ustz ada la bagi tips nak elakkan terkena dari wabak ni kita kena selalu banyak beristighfar mohon ampun kepada Allah, selain tu ustazah ada bgtau kita juga boleh mengamalkan makan kurma ajwaf, tapi mahal looo...1kg tu dalam RM70 kot..so kita sama-sama la banyakkan beristighfar, moga-moga kita terhindar dari wabak ini.

ok setakat ni je kot saya boleh kongsi ngan korang...insyaAllah kita jumpa lagi untuk tulisan sy yang akan datang... renung-renungkan dan selamat beramal...(pinjam kata-kata prof Izi Hot FM).

sekian Wassalam.

mengapa malas solat...


Assalamualaikum wbt alhamdulillah kita masih diberi nyawa....tengah boring-boring ni terpanggil lak nak tulis blog ni, daripada xda cite saya nak la mintak komen dari sahabat pembaca tentang kenapa ramai dikalangan masyarakat kita yang malas solat, saya bukan nak tuduh sape2 tapi pengalaman sendiri pun penah je jumpe kawan yang malas solat, kadang-kadang kalau dia rajin, dia solat, kalau malas melepas la waktu dengan begitu sahaja.

Bila fikir kenapa la malas solat tu tak suruh pergi soalat jemaah lagi.
kadang kala bila termenung sendirian pernah juga terfikir orang yang tak solat ni tak takut mati ke? tak takut dosa ke? kenapa perintah Allah kita nak buat main-main, kenapa kita nak ambil mudah je benda tu. Solat adalah tiang agama, kalau kita tidak solat sama la macam rumah yang xda tiang...ibadah yang kita lakukan tidak akan sempurna jika kita tidak solat, kajian menunjukkan ramai dikalangan remaja yang tinggal solat bahkan ada yang xpenah solat pun. Perkara ini amat membimbangkan.

Hakikat kehidupan manusia, kalau benda baik ni memang susah la sikit nak buat. Sebenarnya kita kena paksa diri kita buat sesuatu tu, bila kita dah merasai nikmatnya solat kita akan rasa berdosa dan takut untuk meninggalkan solat. Sukalah saya disini nak kongsi sedikit pengalaman dengan korang semua, saya dulu masa kecik-kecik (sekitar sekolah rendah) memang liat sikit nak solat ni, tapi alhamdulillah bila masuk je sekolah menengah jadi rajin solat dan atas kesedaran diri sendiri la. sekarang pun terfikir lagi masa kecik2 dulu tak soalt mesti mak ayah yang tanggung dosa kita, kesiannya kat mereka nanti tak pasal-pasal mereka xdapat masuk syurga sebab kena tanggung dosa kita. Moralnya kalau kita sayang kat mak ayah kita rajin la solat, tapi kena ukhlaskan hati solat tu kerana Allah.

Semoga sama-samalah kita pertingkatkan ibadah kita kerana kita tak tah bila kita akan mati, entak esok lusa dan bila-bila masa saja. Jadi bersedialah dari sekarang, dunia ni hanya sementara.

wanita tin kosong

assalamualikum wbt
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana masih lagi memberi kita peluang untuk melihat dunia lagi pada hari ini. Sesungguhnya ramai sudah saudara kita di bumi bertuah Malaysia telah pulang menghadap Ilahi gara-gara wabak H1N1 yang semakin serius nampknya. Syukur juga dipanjatkan kepada Allah keran kita masih lagi diberi nikmat islam dan Iman. Ya Allah jangan lah kau tarik dari kami kedua-dua nikmat ini, pimpinlah kami ke jalan redhamu.

"WANITA TIN KOSONG" sebenarnya tajuk ni saya pinjam daripada tajuk diskusi yang diadakan sempena FESKUM UM 2009 yang akan diadakan dari 6 - 15 ogos ni... pada malam jumaat baru-baru ni alhamdulillah kerana Allah masih pilih lagi sy untuk sampai ke majlis ilmu yang diadakan ni,bukannye ape? sepatutnya pada malam tu juga ada perjumpaan dengan pentadbiran kolej, jadi bila pk-pk aku and my friends ambik keputusan tuk pergi jugak kat majlis ilmu tu...lagi pun masa kita muda ni jela kita kena cari sebanyak mungkin ilmu agama ni, selain ilmu-ilmu fardhu kifayah.

Diskusi ni menampilkan ahli penel yang hebat jugak la iaitu prof Izi hot fm dan umi Ros. Persoalan utama yang aku dapat la "betul ke wanita ni tin kosong????
umi bgtau sebanarnya tin kosong ni adalah tin yang kosong dan perlu diisi dengaan benda-benda yang baik, apa yang perlu diisi tu??? mestila dengan akhlak yang mulia, pandai jaga diri ,jaga maruah diri dan keluarga dan semoga kita jadilah wanita solehah. insyaAllah.

Sekarang ni banyak kes-kes remaja @ wanita terlibat dengan berbagai-bagai masalah terutamanya kes pelacuran, penzinaan dll. Apa yang sy nak kongsi kat sini walaupun kita dah buat kesalahan-kesalahan tersebut kita masih ada lagi peluang untuk kembali bertaubat, kembali ke jalan yang diredhai Allah. Suka la disini saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang apa yang di beritahu oleh umi Ros tentang aktiviti kat raudatul sakinah....ooo kalo korang nk tau Raudatul sakinah tu tempat wanita @remaja-remaja yang dah terlanjur dan diberi tarbiyah untuk menjadi wanita yang solehah. kat raudatul sakinah aktiviti mereka selepas sarapan pagi mereka akan mengikuti kelas2 ilmu seperti kelas tafsir, hadis, tajwid dll. pastu mereka memasakuntuk mkn tghhari dan dalam kul 12 mrk tido sekjap...pastu lps solat dan lunch mrk akan ada kelas ilmu plak, pastu lps asar mereka riadah sikit n dinner bersama. pastu lps maghrib ada jgk aktiviti mrk spt baca ma'thurat,yaasin dsb. pastu dlm kul 11 mrk tido n kul 4 pg mrk akan bangun bermunajat kepada Allah mohon ampun. MasyaAllah bila sy dengar tu sy rasa sayu dan sedih..aku xdpt pun buat mcm tu, ak jarang sekali je dapat bangun malam ni..Ya Allah,,,semoga aku juga dapat jadi hambamu yang bersyukur.... terdetik di hati kecil sy alangkah bagusnya mereka.

Umi juga ada cerita tentang bekas penghuni di raudatul sakinah yang telah menemui jodohnya dengan seorang lelaki yang baik, dia bgtau umi...umi sy syukur sangat kerana suami sy ni xpenah tinggal solat jemaah..wah alangkah beruntungnye dia kerana sangat susah nak cari lelaki yang kaki masjid ni.. benarlah janji Allah wanita yang keji dengan lelaki yang keji dan wanita yanng baik untuk lelaki yang baik....bila dengar cerita umi ni aku merasa sebenarnya wanita ni bukan tin kosong...tetapi yang menyebabkan mereka diaggap tin kosong adalah kerana mereka tidak mengisi diri mereka dengan akhlak mulia dan ilmu agama yang secukupnya.

wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah. Sebaenarnya wanita ni paling senang nak masuk syurga tapi wanita la paling ramai masuk neraka???? kenapa????
wanita hanya perlu taat kepada perintah Allah, Rasulnya dan ibu ayah n kalo yang da bersuami kena taat kepada suami....nampak senang dan simple tapi sebenarnya susah...

wanita tin kosong..anda setujukah???
setakat ini sahaja tulisan sy untuk kali ini..kalo ada masa InsyaAllah sy akan kongsi lagi dengan sahabat-sahabat sume..
untuk terakhir kalinya saya amat berharap kita sebagai wanita mampu menjaga maruah diri dan jangan medah terpedaya dengan syaitan....
jadilah wanita solehah..hiasi diri cermin peribadi....

Saturday, August 1, 2009

PeRjaLanAn hiDuP iNi...


Dalam hidup kita,mesti banyak peristiwa yang kita telah lalui,ada yang menggembirakan dan ada yang menyakitkan. Perjalanan hidup kita sebagai hamba Allah sentiasa diuji dengan ujian yang bermacam-macam.Aku masih ingat lagi semasa masih belajar di bangku sekolah dulu, terasa amat susah untuk melalui hari2 getir sperti saat2 nak menghadapi exam, setiap tahun aku akan menghadapi exam kerana saya belajar kat sekolah aliran agama arab, exam bukan la senang kena banyak2 menghafal bukan 9,10 madah tapi sampai 23 madah. tapi alhamdulillah aku dapat melaluinya dengan baik walaupun xlah mendapat result yang gempak tapi aku syukur sangat-sangat sebab result xpenah terkandas lagi.

Itu baru cerita tentang exam... banyak ag poblem yang mendatang dalam hidup ini. Tetapi jika kita adalah seorang yang beriman kita akan dapat melalui liku-liku hidup ini dengan tenang dan penuh bersyukur. Dalam hidupku, ibu bapalah tempat aku bergantung harap sepenuhnya, berkat doa merekalah pada hari ini aku dapat melalui hidup ini, berkat kesabaran mereka mendidik aku tanpa jemu telah menyebabkan aku menjadi aku hari ini.

ibu bapalah bagi aku insan yang paling aku respect sangat-sangat, walaupun mereka bukan lah seorang yang tinggi tahap pendidkan, tetapi segala nasihat dan kasih sayang yang diberikan oleh mak ayah menyebabkan aku merasa kebahagiaan hidup ini. Aku bukan sahaja diberi pendidkan agama yang amat diperlukan oleh anak, segala jasa ibu ayah amat aku hargai. Ya Allah ampunkanlah Dosa kedua ibubapaku, tempatkanlah mereka ditempat orang yang kau beri nikmat dan jauhkanlah mereka dari azab api neraka.

Dalam hidup ini, memang bermacam-macam ujian yang kita alami, sakit juga adalah ujian bagi kita manusia dan sebenarnya sakit juga adalah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita supaya kita menjadi hamba yang bersyukur. sebagai contoh...Firaun dalam hayatnya x penah sakit, sebab tu firaun anggap dirinya tuhan, oleh itu jika kita tak sakit tu bahaya la jugak, huhuhu..

Untuk terakhir kalinya, buat semua shabat-sahabat walau apa pun dugaan,ujian dan cobaan yang menimpa kita ingatlah bahawa semua itu adalah ujian Allah kerana Allah sayang kat kita disamping nak menghapuskan dosa-dosa kita.

p/s minta maaf kalo ada ejaan yang tersalah.

Friday, July 31, 2009

salam

Assalamualaikum...
sebenarnya blog ni dihasilkan sekadar mengisi masa lapang dan nak kongsi2 cite skit ngan sahabat-sahabat sume..semoga dapat ambik manfaat sedikit la...
sedikit sebanyak tentang diri penulis..
sy hanya insan biasa,tidak pernah lepas dari membuat kesalahan,tapi sy xkisah ...sy boleh je terima teguran dari sesiapa pun hatta walau kita hanya kenal 2 jam pun...xkisah nak komen pasal syke,teguran membina amat-amat dialu2 kan.