Friday, August 13, 2010

ramadhan pertama di rumah sewa

Hari ini dah masuk hari ke-4 berpuasa di rumah sewa..erm satu pengalaman yang menyeronokkan..bukan ape dapat makan sahur..sepanjang 3 tahun di um dan berada di kolej, jarang dapat makan ramai-ramai macam kat rumah. kalau bersahur pun just minum air dan makan roti jer..erm pengalaman terawih kat masjid ar-Rahman pun seronok jgk...dapat la solat terawih berimamkan imam yang sedap bacaannya..erm terasa zukk solat disamping selingan ceramah.

masak sahur bergilir-gilr erm dan rezeki murah bulan puasa ini. sahur macam bukak puasa selera je makan,,,ish puasa ni, sabar2..

Sempena bulan ramadhan mulia ni marilah kita sama-sama meningkatkan amalan ibadah kita. Banyakkan beristighfar dan memohon ampun kepada Allah. Banyakkan  berdoa semoga Allah tidak membolak-balikkan hati kita dan semoga kita berada dijalan yang lurus.

Memandangkan masyarakat hari ini kian membimbangkan, dapat saya kongsikan sedikit isi kandungan tazkirah semalam menyatakan kepentingan membaca al-quran,memahami dan mengamalkan al-quran. Sejarah telah membuktikan masyarakat quraisy dan masyarakat jahiliah boleh terbuka menerima Islam kerana terpesona dengan ayat-ayat al-Quran, sebagai contoh Saidina Umar al-Khattab sendiri, jadi mana mungkin masyarakat kita yang telah lama memeluk Islam untuk terbuka hatinya dengan lebih luas apabila memahami Al-Quran. Mungkin pendekatan kita dalam mamahami al-Quran kurang tepat saya kira kerana kita lebih mementingkan anak-anak supaya khatam Quran tanpa memhami kandungan ayat Allah itu sendiri.

Masalah yang membimbangkan sekarang adalah kejadian buang bayi, sayu rasa bila anak yang tidak berdosa dibuang begitu sahaja. Inilah kejahilan remaja sekarang, kejadian zina berleluasa..."apa daya..kenapa ini terjadi?? slahkah ibu mengandung dan melahirkanmu sehingga ini balsanmu buat ibumu dan sanggup kau seksa sikecil yang tak bersalah itu....sedihnya"...

Walau ape pun sekadar coretan saya untuk bulan Ramadhan ni. semoga kita sama-sama dapat beramal. dan banyakkan berdoa, semoga Allah melindungi kita. Amin