
Dalam hidup kita,mesti banyak peristiwa yang kita telah lalui,ada yang menggembirakan dan ada yang menyakitkan. Perjalanan hidup kita sebagai hamba Allah sentiasa diuji dengan ujian yang bermacam-macam.Aku masih ingat lagi semasa masih belajar di bangku sekolah dulu, terasa amat susah untuk melalui hari2 getir sperti saat2 nak menghadapi exam, setiap tahun aku akan menghadapi exam kerana saya belajar kat sekolah aliran agama arab, exam bukan la senang kena banyak2 menghafal bukan 9,10 madah tapi sampai 23 madah. tapi alhamdulillah aku dapat melaluinya dengan baik walaupun xlah mendapat result yang gempak tapi aku syukur sangat-sangat sebab result xpenah terkandas lagi.
Itu baru cerita tentang exam... banyak ag poblem yang mendatang dalam hidup ini. Tetapi jika kita adalah seorang yang beriman kita akan dapat melalui liku-liku hidup ini dengan tenang dan penuh bersyukur. Dalam hidupku, ibu bapalah tempat aku bergantung harap sepenuhnya, berkat doa merekalah pada hari ini aku dapat melalui hidup ini, berkat kesabaran mereka mendidik aku tanpa jemu telah menyebabkan aku menjadi aku hari ini.
ibu bapalah bagi aku insan yang paling aku respect sangat-sangat, walaupun mereka bukan lah seorang yang tinggi tahap pendidkan, tetapi segala nasihat dan kasih sayang yang diberikan oleh mak ayah menyebabkan aku merasa kebahagiaan hidup ini. Aku bukan sahaja diberi pendidkan agama yang amat diperlukan oleh anak, segala jasa ibu ayah amat aku hargai. Ya Allah ampunkanlah Dosa kedua ibubapaku, tempatkanlah mereka ditempat orang yang kau beri nikmat dan jauhkanlah mereka dari azab api neraka.
Dalam hidup ini, memang bermacam-macam ujian yang kita alami, sakit juga adalah ujian bagi kita manusia dan sebenarnya sakit juga adalah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita supaya kita menjadi hamba yang bersyukur. sebagai contoh...Firaun dalam hayatnya x penah sakit, sebab tu firaun anggap dirinya tuhan, oleh itu jika kita tak sakit tu bahaya la jugak, huhuhu..
Untuk terakhir kalinya, buat semua shabat-sahabat walau apa pun dugaan,ujian dan cobaan yang menimpa kita ingatlah bahawa semua itu adalah ujian Allah kerana Allah sayang kat kita disamping nak menghapuskan dosa-dosa kita.
p/s minta maaf kalo ada ejaan yang tersalah.
No comments:
Post a Comment