assalamualikum wbt
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana masih lagi memberi kita peluang untuk melihat dunia lagi pada hari ini. Sesungguhnya ramai sudah saudara kita di bumi bertuah Malaysia telah pulang menghadap Ilahi gara-gara wabak H1N1 yang semakin serius nampknya. Syukur juga dipanjatkan kepada Allah keran kita masih lagi diberi nikmat islam dan Iman. Ya Allah jangan lah kau tarik dari kami kedua-dua nikmat ini, pimpinlah kami ke jalan redhamu.
"WANITA TIN KOSONG" sebenarnya tajuk ni saya pinjam daripada tajuk diskusi yang diadakan sempena FESKUM UM 2009 yang akan diadakan dari 6 - 15 ogos ni... pada malam jumaat baru-baru ni alhamdulillah kerana Allah masih pilih lagi sy untuk sampai ke majlis ilmu yang diadakan ni,bukannye ape? sepatutnya pada malam tu juga ada perjumpaan dengan pentadbiran kolej, jadi bila pk-pk aku and my friends ambik keputusan tuk pergi jugak kat majlis ilmu tu...lagi pun masa kita muda ni jela kita kena cari sebanyak mungkin ilmu agama ni, selain ilmu-ilmu fardhu kifayah.
Diskusi ni menampilkan ahli penel yang hebat jugak la iaitu prof Izi hot fm dan umi Ros. Persoalan utama yang aku dapat la "betul ke wanita ni tin kosong????
umi bgtau sebanarnya tin kosong ni adalah tin yang kosong dan perlu diisi dengaan benda-benda yang baik, apa yang perlu diisi tu??? mestila dengan akhlak yang mulia, pandai jaga diri ,jaga maruah diri dan keluarga dan semoga kita jadilah wanita solehah. insyaAllah.
Sekarang ni banyak kes-kes remaja @ wanita terlibat dengan berbagai-bagai masalah terutamanya kes pelacuran, penzinaan dll. Apa yang sy nak kongsi kat sini walaupun kita dah buat kesalahan-kesalahan tersebut kita masih ada lagi peluang untuk kembali bertaubat, kembali ke jalan yang diredhai Allah. Suka la disini saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang apa yang di beritahu oleh umi Ros tentang aktiviti kat raudatul sakinah....ooo kalo korang nk tau Raudatul sakinah tu tempat wanita @remaja-remaja yang dah terlanjur dan diberi tarbiyah untuk menjadi wanita yang solehah. kat raudatul sakinah aktiviti mereka selepas sarapan pagi mereka akan mengikuti kelas2 ilmu seperti kelas tafsir, hadis, tajwid dll. pastu mereka memasakuntuk mkn tghhari dan dalam kul 12 mrk tido sekjap...pastu lps solat dan lunch mrk akan ada kelas ilmu plak, pastu lps asar mereka riadah sikit n dinner bersama. pastu lps maghrib ada jgk aktiviti mrk spt baca ma'thurat,yaasin dsb. pastu dlm kul 11 mrk tido n kul 4 pg mrk akan bangun bermunajat kepada Allah mohon ampun. MasyaAllah bila sy dengar tu sy rasa sayu dan sedih..aku xdpt pun buat mcm tu, ak jarang sekali je dapat bangun malam ni..Ya Allah,,,semoga aku juga dapat jadi hambamu yang bersyukur.... terdetik di hati kecil sy alangkah bagusnya mereka.
Umi juga ada cerita tentang bekas penghuni di raudatul sakinah yang telah menemui jodohnya dengan seorang lelaki yang baik, dia bgtau umi...umi sy syukur sangat kerana suami sy ni xpenah tinggal solat jemaah..wah alangkah beruntungnye dia kerana sangat susah nak cari lelaki yang kaki masjid ni.. benarlah janji Allah wanita yang keji dengan lelaki yang keji dan wanita yanng baik untuk lelaki yang baik....bila dengar cerita umi ni aku merasa sebenarnya wanita ni bukan tin kosong...tetapi yang menyebabkan mereka diaggap tin kosong adalah kerana mereka tidak mengisi diri mereka dengan akhlak mulia dan ilmu agama yang secukupnya.
wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah. Sebaenarnya wanita ni paling senang nak masuk syurga tapi wanita la paling ramai masuk neraka???? kenapa????
wanita hanya perlu taat kepada perintah Allah, Rasulnya dan ibu ayah n kalo yang da bersuami kena taat kepada suami....nampak senang dan simple tapi sebenarnya susah...
wanita tin kosong..anda setujukah???
setakat ini sahaja tulisan sy untuk kali ini..kalo ada masa InsyaAllah sy akan kongsi lagi dengan sahabat-sahabat sume..
untuk terakhir kalinya saya amat berharap kita sebagai wanita mampu menjaga maruah diri dan jangan medah terpedaya dengan syaitan....
jadilah wanita solehah..hiasi diri cermin peribadi....
No comments:
Post a Comment