Hari ini dah masuk hari ke-4 berpuasa di rumah sewa..erm satu pengalaman yang menyeronokkan..bukan ape dapat makan sahur..sepanjang 3 tahun di um dan berada di kolej, jarang dapat makan ramai-ramai macam kat rumah. kalau bersahur pun just minum air dan makan roti jer..erm pengalaman terawih kat masjid ar-Rahman pun seronok jgk...dapat la solat terawih berimamkan imam yang sedap bacaannya..erm terasa zukk solat disamping selingan ceramah.
masak sahur bergilir-gilr erm dan rezeki murah bulan puasa ini. sahur macam bukak puasa selera je makan,,,ish puasa ni, sabar2..
Sempena bulan ramadhan mulia ni marilah kita sama-sama meningkatkan amalan ibadah kita. Banyakkan beristighfar dan memohon ampun kepada Allah. Banyakkan berdoa semoga Allah tidak membolak-balikkan hati kita dan semoga kita berada dijalan yang lurus.
Memandangkan masyarakat hari ini kian membimbangkan, dapat saya kongsikan sedikit isi kandungan tazkirah semalam menyatakan kepentingan membaca al-quran,memahami dan mengamalkan al-quran. Sejarah telah membuktikan masyarakat quraisy dan masyarakat jahiliah boleh terbuka menerima Islam kerana terpesona dengan ayat-ayat al-Quran, sebagai contoh Saidina Umar al-Khattab sendiri, jadi mana mungkin masyarakat kita yang telah lama memeluk Islam untuk terbuka hatinya dengan lebih luas apabila memahami Al-Quran. Mungkin pendekatan kita dalam mamahami al-Quran kurang tepat saya kira kerana kita lebih mementingkan anak-anak supaya khatam Quran tanpa memhami kandungan ayat Allah itu sendiri.
Masalah yang membimbangkan sekarang adalah kejadian buang bayi, sayu rasa bila anak yang tidak berdosa dibuang begitu sahaja. Inilah kejahilan remaja sekarang, kejadian zina berleluasa..."apa daya..kenapa ini terjadi?? slahkah ibu mengandung dan melahirkanmu sehingga ini balsanmu buat ibumu dan sanggup kau seksa sikecil yang tak bersalah itu....sedihnya"...
Walau ape pun sekadar coretan saya untuk bulan Ramadhan ni. semoga kita sama-sama dapat beramal. dan banyakkan berdoa, semoga Allah melindungi kita. Amin
" HIDUP DI DUNIA HANYA SEMENTARA. AKHIRAT JUA YANG KEKAL ABADI.MENGAPA DUNIA YANG DIKEJAR? BUKANKAH AKHIRAT TEMPAT KITA KEMBALI"
Friday, August 13, 2010
Monday, January 4, 2010
inilah kehidupan
Dalam kehidupan kita, sudah menjadi lumrah alam jika kita diuji dengan berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup. Hari-hari yang dilalui agak sukar dan terasa amat payah, tetapi sebagai hamba Allah kita harus redha dan pasrah dengan setiap yang terjadi. Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa ujian itu sebenarnya adalah nikmat dari Allah, ini kerana adalah apabila seringkali kita ditimpa ujian maka kita akan mengingati Allah. Kadang-kadang setiap ujian yang dikurniakan Allah ada hikmah yang tersembunyi yang jarang kita ketahui.
Orang yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadikan kita lupa diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang kelemahan diri. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin terpaksa bersabar (kerana itu saja yang kita mampu buat) tetapi apabila hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula orang yang terpaksa bersyukur. Oleh kerana itu sahabat-sahabat Rasulullah SAW lebih takutkan ujian kemewahan dari ujian kemiskinan.
Kesukaran dan kemiskinan hidup kadang-kadang menghidupkan kepekaan jiwa hinggakan kita lebih banyak memikirkan kepentingan orang lain dari kepentingan keperibadi menyebabkan kita membesar dengan jiwa masyarakat. Sedang kemewahan menjadikan kita manusia yang sibuk dengan keperluan dan kepentingan diri bahakan kadang-kadang menjadikan rakus walau terhadap harta dan kekayaan orang lain.
Kadang2 ujian juga akan melemahkan semangat kita, pada masa itulah kita akan mengharapkan ada suatu kuasa besar yang boleh mambantu kita, dan pada masa itulah baru kita sedar bahawa kita amat memerlukan batuan Allah. ujian ini adalah pemangkin wacana dan tarbiah atau dakwah paling berkesan kita untuk mendekati Allah. Disini suka untuk saya kongsikan cerita tentang iman sang semut sebagai renungan kita bersama....
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Sang Semut!!
Disini dapat kita pelajari dari kisah ini....segalanya adalah daripada Allah,walau apa pun ujian dan badai yang melanda..kita tawakkallah kepada Allah..insyaAllah..Allah tidak akan mensia-siakan hambanya..tetapi kita perlu berusaha jugak, jangan malas usaha tapi terus nk tawakkal aje pula..hehehe
.

Subscribe to:
Posts (Atom)