Saturday, October 31, 2009

TANDA KIAMAT

< Bismillahirrahmanirrahim....
 assalamualaikum wbt
 Firman Allah, maksudnya:
 "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)
Tanda-tanda kecil kiamat.


~~gambar hiasan sekadar renungan~~
  1. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
  2. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
  3. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
  4. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
  5. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
  6. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
  7. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
  8. Banyak berlaku gempa bumi.
  9. Zaman sudah dekat mendekati.
  10. Banyak fitnah memfitnah.
  11. Banyak pembunuhan.
  12. Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
  13. Ramai orang bermegah dengan projek mega.
  14. Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
  15. Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
  16. Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
  17. Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
  18. Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
  19. Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
  20. Ramai orang solihin meninggal dunia.
  21. Anak melawan ibubapa.
  22. Hujan di musim kemarau.
  23. Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
  24. Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
  25. Setiap desa dikepalai orang munafik.
  26. Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
  27. Lahir ramai anak hasil perzinaan.
  28. Banyak minuman keras.
  29. Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
  30. Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
  31. Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
  32. Para pembesar / penguasa melakukan zina.
  33. Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
  34. Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
  35. Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
  36. Orang alim sudah tidak disenangi.
  37. Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
  38. Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
  39. Banyak kematian secara mendadak.
  40. Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
  41. Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
  42. Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  43. Rasuah berleluasa.
  44. Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
  45. Ramai orang menjual-beli hukum.
  46. Memandang ringan masalah perceraian.
  47. Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.
* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.
· Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.








Wednesday, October 28, 2009

cinta???

assalamualaikum wbt
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam,syukur atas nikmat kurniaan Allah kerana saat ini kita masih diberi peluang untuk menikmati indahnya hidup,indahnya ciptaan Allah. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba yang bersyukur.

Pernahkah kita terfikir...siapakan yang paling kita cintai...adakah kekasih, ibu-bapa, sahabat-sahabat, wang ringgit harta kekayaan dunia atau Allah????
suka saya lontarkan persoalan ini buat diri sendiri kerana saya tahu diri ini kadang terleka dan alpa dengan keindahan dunia hingga terkadang lupa mencintai Tuhan yang layak dicintai?...renung-renungkanlah........
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
(al-baqarah:165)
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).(at-taubah:24)
Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, orang tuanya, dan manusia seluruhnya".
Juga diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim dari Anas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga perkara, barang siapa terdapat di dalam dirinya ketiga perkara itu, maka ia pasti mendapatkan manisnya iman, iaitu: Allah dan RasulNya lebih ia cintai dari pada yang lain, mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah, benci (tidak mahu kembali) kepada kekafiran setelah ia diselamatkan oleh Allah darinya, sebagaimana ia benci kalau dicampakkan kedalam api".
"Barang siapa yang mencintai seseorang kerana Allah, membenci kerana Allah, membela Kerana Allah, memusuhi kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan Allah itu diperolehnya dengan hal-hal tersebut, dan seorang hamba tidak akan dapat menemukan lazatnya iman, meskipun banyak melakukan sholat dan puasa, sehingga ia bersikap demikian. pada umumnya persahabatan yang dijalin di antara manusia dibangun atas dasar kepentingan dunia, dan itu tidak berguna sedikitpun baginya".

Monday, October 26, 2009

selamat menghadapi exam



Assalamualaikum sahabat-sahabat,

Musim exam telah tiba, buat sahabat-sahabat...selamat menduduki peperiksaan especially buat semua coursemate ku muna,faizah,pah,ba,suemaya, murni, dayah, shima dan mazni..serta yang lain, teruskan perjuangan sehingga ketitisan darah yang terakhir

USAHA + DOA + TAWAKKAL =KEJAYAAN

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku



SEMOGA SEGALA AMALAN DAN ILMU YANG KITA PEROLAHI INI DI BERKATI DAN DIREDHAI ALLAH...
INSYAALLAH...

rindu ayah bonda....


Assalamualaikum....
Sedar tidak sedar aku akan menghadapi final exam tak lama lagi dan memang tak lama dah pon, beberapa hari lagi..sekarang tangah study week, kat kolej sunyi je sekarang..maklumlah ramai pelajar ambil kesempatan untuk pulang ke kampung..nak minta restu mak ayah la...kalau kampung aku dekat,memang balik da,tapi maklumlah..aku anak rantau berkelana jela kat kolej... lagipun dah biasa.

Dalam menghitung hari menanti exam ni,kadang-kadang terasa rindu juga dekat insan-insan yang nun jauh di sana, rasa rindu sangat kat ma dan abah kat kelantan, aku selalu juga menelefon kat ma dan abah kalau ada kelapangan itu sajalah pengubat rindu aku.

Pesanan ma dan abah sentias menjadi pembakar semangat buat aku, kadang-kadang kalau tension sangat aku akan call ma dan abah, dengar suara pun jadilah..itulah kekuatan aku untuk teruskan menghadapi cabaran.

ya Allah, kau ampunilah dosa kedua ibu-bapaku, tempatkanlah mereka di syurgamu, jadikanlah kami anak-anak sebagai anak yang soleh solehah, jauhkanlah mereka dari azab api nerakamu Ya Allah.

Thursday, October 15, 2009

APK 09

SALAM BUAT SAHABAT SEMUA...
APK STAND FOR ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN selamat dijalankan,hahaha perniagaan gerai 1MALAYSIA..ada ape pada name???

Kami jual makanan dan minuman,otak-otak,steamboat, ice blanded,jambu,air jambu dan kerepok...laku tau gerai kami,alhamdulillah dapat la untung jgk, hehehe diucaokan terima kasih kepada semua anggota 1MALAYSIA, walaupun jadikanlah ini pengalaman berharga untuk kita semua.

selamat hari raya



assalamualaikum...
sudah agak lama rasanya saya menyepikan diri,saya tidak kemana-mana,cuma batasan masa dan kesibikan yang tak pernah hilang membuatkan saya xdapat up date blog saya ni. selamat hari raya maaf zahir batin untuk semua. Nilai Aidil Fitri buat anda??
1) dapat makan kuih raya?
2) dapat pakai baju lawa?
3) dapat jumpe saudara-mara?

walau apa pun perasaan anda,pilhan anda, tetapi ingatlah hari raya bukan untuk kita bergembira sahaja, tetapi ada satu makna disebalik aidil fitri yang perlu kita singkapkan iaitu sebagai hari kemenangan buat umat islam setelah mamapu mengharungi puasa selama sebulan. Ramadan adalah bulan ujian dan Syawal membawa bersamanya perayaan Aidilfitri meraikan kejayaan umat Islam berjaya melalui ujian Ramadan.

Sesuai dengan namanya, Aidilfitri adalah perayaan bagi meraikan tuntutan fitrah anugerah Allah kepada seluruh umat manusia. Fitrah makan dan minum, berkasih-sayang, menghubungkan silaturahim, mencintai keharmonian melalui tradisi bermaaf-maafan, berhias-hiasan dan kasih mengasihi sesama manusia tanpa mengenal darjat, taraf dan bangsa.

oleh itu janganlah aidilfitri diraikan dengan benda2 yang mangarut, ada majlis tarian,nyanyian dan lain-lain lagi. sempena aidilfitri saya sempat menghadiri majlis perkahwinan shabat saya di sekolah menengah dul,SELAMAT PENGANTIN BARU HANI DAN MIZI..SEMOGA BERKEKELAN HINGGA AKIR HAYAT.