Sunday, August 9, 2009

MASJID AL-AQSA, Baitulmuqaddis.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM… (Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

Tahukah anda mengenai Masjid Al-Aqsa?

Masjid Al-Aqsa yang sering ditunjukkan oleh media sebenarnya adalah Masjid Al-Sakhrah (Dome of The Rock).
Dome of The Rock

Mengapa perkara ini terjadi?
Sudah tentu angkara Zionist laknat yang ingin menghapuskan ingatan Umat Islam dari mengingati tempat ibadah suci umat Islam ini. Sesungguhya, Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ibadah yang dikerjakan di sana akan digandakan sebanyak 500 kali ganda. Subhanallah………….

Taman Tamadun Islam, Terengganu.
Ketika melewati kawasan TTI baru2 ini bersama ahli keluarga, saya menyatakan kepada mereka (ahli keluarga) Model Masjid Al-Aqsa yang dibina ini salah kerana dari Program Agama (mungkin Al-Kulliyyah…kalau tak silap) yang saya ikuti ada menyatakan Masjid Al-Aqsa sebenarnya adalah berkubah hitam dan bukannya Kuning.

Picture4

Picture2

Saya cuba menunggu ‘respon’ dari ayah atau ibu tapi kedua-duanya diam membawa maksud mereka juga kurang pasti mengenai perkara ini, maka saya terangkan setakat apa yang saya tahu.
Bayangkanlah, generasi seterusnya, jika mereka terus ditipu oleh Zionist laknat ini???

Picture3

Bayangkanlah, apa yang akan dilakukan Zionist terhadap Masjid Al-Aqsa apabila orang terus menggangap ‘Dome of The Rock’ sebagai Masjid Al-Aqsa.

Picture1

FIRMAN ALLAH S.W.T.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Israa’ (17:1)

Dan katakanlah:
Telah datang kebenaran, dan hilanglah yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.
Surah Al-Israa’ (17:81)


DIPETIK DARIPADA http://khairilhafidz.files.wordpress.com

No comments: