
Assalamualaikum wbt alhamdulillah kita masih diberi nyawa....tengah boring-boring ni terpanggil lak nak tulis blog ni, daripada xda cite saya nak la mintak komen dari sahabat pembaca tentang kenapa ramai dikalangan masyarakat kita yang malas solat, saya bukan nak tuduh sape2 tapi pengalaman sendiri pun penah je jumpe kawan yang malas solat, kadang-kadang kalau dia rajin, dia solat, kalau malas melepas la waktu dengan begitu sahaja.
Bila fikir kenapa la malas solat tu tak suruh pergi soalat jemaah lagi. kadang kala bila termenung sendirian pernah juga terfikir orang yang tak solat ni tak takut mati ke? tak takut dosa ke? kenapa perintah Allah kita nak buat main-main, kenapa kita nak ambil mudah je benda tu. Solat adalah tiang agama, kalau kita tidak solat sama la macam rumah yang xda tiang...ibadah yang kita lakukan tidak akan sempurna jika kita tidak solat, kajian menunjukkan ramai dikalangan remaja yang tinggal solat bahkan ada yang xpenah solat pun. Perkara ini amat membimbangkan.
Hakikat kehidupan manusia, kalau benda baik ni memang susah la sikit nak buat. Sebenarnya kita kena paksa diri kita buat sesuatu tu, bila kita dah merasai nikmatnya solat kita akan rasa berdosa dan takut untuk meninggalkan solat. Sukalah saya disini nak kongsi sedikit pengalaman dengan korang semua, saya dulu masa kecik-kecik (sekitar sekolah rendah) memang liat sikit nak solat ni, tapi alhamdulillah bila masuk je sekolah menengah jadi rajin solat dan atas kesedaran diri sendiri la. sekarang pun terfikir lagi masa kecik2 dulu tak soalt mesti mak ayah yang tanggung dosa kita, kesiannya kat mereka nanti tak pasal-pasal mereka xdapat masuk syurga sebab kena tanggung dosa kita. Moralnya kalau kita sayang kat mak ayah kita rajin la solat, tapi kena ukhlaskan hati solat tu kerana Allah.
Semoga sama-samalah kita pertingkatkan ibadah kita kerana kita tak tah bila kita akan mati, entak esok lusa dan bila-bila masa saja. Jadi bersedialah dari sekarang, dunia ni hanya sementara.
No comments:
Post a Comment